Khamis, 4 Mac 2010

terkenang kembali......

....tadi saya pergi makan bersama rakan-rakan lama, banyak benda yang terluah. dan yang paling mengujakan saya ialah apabila saya dapat kembali berjumpa dengan teman persekolahan di SBPS yang sudah 21 tahun tidak berjumpa.

....daripada 9 orang pelajar perempuan hanya kami berempat saja yang berada di sini kerana 5 yang lain masing2 berada di semenanjung.....terlalu banyak cerita yang sudah terpadam dalam memori. dan bila diimbas kembali melalui cerita/pengalaman kami berempat ianya seperti drama melayu yang saling kait-mengait....cerita sambung menyambung dan kami saling ingat mengingati antara satu sama lain.

....tidak sedar masa berlalu, sudah 21 tahun alam persekolahan ditinggalkan. tidak sedar masa berlalu dengan cepat....dan andainya masa dapat diputar kembali pasti tak akan ku cuaikan peluang yang ada....

.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan