Rabu, 16 Disember 2009

.....emm....

emm...lama tak menulis, banyak benda yang terlepas, banyak benda yang dibuat.....

bila masuk musim cuti sekolah, jadual harian pun ikut berubah. sibuk?.....memang tak boleh dinafikan, aku sendiripun tak tahu apa benda yang menyebabkan saya menjadi terlalu sibuk sehingga blog sendiri pun tak tertengok.

bila cuti sekolah maka bermulalah musim kahwin, bila cerita pasal kahwin ni macam-macamlah cerita yang kita dengar. ada yang kahwin dengan kekasih hati, bekas isteri/suami orang, kekasih lama, suami orang dan macam-macam lagi. dan pagi tadi aku terbaca berita ada yang dilamar suami orang.....

bila kes sebegini, dengan senangnya mereka akan mengatakan ini surat ketentuan tuhan, sudah jodohlah.....tapi kalau difikir-fikirkan dimana logiknya. bukan untuk menidakkan takdir yang sudah kita maklumi sejak azali bahawa ajal dan jodah sudah ditentukan oleh Nya. cuma tidak bolehkan kita sesama insan mempunyai rasa ihsan kepada insan yang lain....kita mampu untuk mengubah rasa yang ujud dan aku yakin bahawa kita boleh mengubah, mengolah hati dan perasaan kita agar selama mana kita hidup tidak akan menguris hati dan perasaan orang lain.

ya ....tuhan hanya kepada mu aku meminta dan memohon, ampunkanlah segala dosaku.

amin......

1 ulasan: