walaupun zaman persekolahan dah lama ditinggalkan, namun itulah pengalaman yang terindah yang tak akan dilupakan.....kalau masa boleh diputar semula, waktu persekolahanlah zaman yang ingin diulang kembali......
bila dicerita semula kepada anak-anak, mereka tidak percaya bahawa inilah masa yang amat berharga yang bakal menentukan masa depan mereka kelak.....
kalau dulu belanja sekolah cukup dengan 50 sen tetapi kini RM2.00 pun belum tentu cukup. Sekarang semuanya sudah berbeza.....
tak lama lagi cuti sekolah dan tahun depan ketiga-tiga anakku semuanya masuk sekolah dan aku dah mula mencatur jumlah perbelanjaan sekolah mereka.....harus difikirkan....
