Khamis, 4 Mac 2010

terkenang kembali......

....tadi saya pergi makan bersama rakan-rakan lama, banyak benda yang terluah. dan yang paling mengujakan saya ialah apabila saya dapat kembali berjumpa dengan teman persekolahan di SBPS yang sudah 21 tahun tidak berjumpa.

....daripada 9 orang pelajar perempuan hanya kami berempat saja yang berada di sini kerana 5 yang lain masing2 berada di semenanjung.....terlalu banyak cerita yang sudah terpadam dalam memori. dan bila diimbas kembali melalui cerita/pengalaman kami berempat ianya seperti drama melayu yang saling kait-mengait....cerita sambung menyambung dan kami saling ingat mengingati antara satu sama lain.

....tidak sedar masa berlalu, sudah 21 tahun alam persekolahan ditinggalkan. tidak sedar masa berlalu dengan cepat....dan andainya masa dapat diputar kembali pasti tak akan ku cuaikan peluang yang ada....

.......

Rabu, 16 Disember 2009

.....emm....

emm...lama tak menulis, banyak benda yang terlepas, banyak benda yang dibuat.....

bila masuk musim cuti sekolah, jadual harian pun ikut berubah. sibuk?.....memang tak boleh dinafikan, aku sendiripun tak tahu apa benda yang menyebabkan saya menjadi terlalu sibuk sehingga blog sendiri pun tak tertengok.

bila cuti sekolah maka bermulalah musim kahwin, bila cerita pasal kahwin ni macam-macamlah cerita yang kita dengar. ada yang kahwin dengan kekasih hati, bekas isteri/suami orang, kekasih lama, suami orang dan macam-macam lagi. dan pagi tadi aku terbaca berita ada yang dilamar suami orang.....

bila kes sebegini, dengan senangnya mereka akan mengatakan ini surat ketentuan tuhan, sudah jodohlah.....tapi kalau difikir-fikirkan dimana logiknya. bukan untuk menidakkan takdir yang sudah kita maklumi sejak azali bahawa ajal dan jodah sudah ditentukan oleh Nya. cuma tidak bolehkan kita sesama insan mempunyai rasa ihsan kepada insan yang lain....kita mampu untuk mengubah rasa yang ujud dan aku yakin bahawa kita boleh mengubah, mengolah hati dan perasaan kita agar selama mana kita hidup tidak akan menguris hati dan perasaan orang lain.

ya ....tuhan hanya kepada mu aku meminta dan memohon, ampunkanlah segala dosaku.

amin......

Isnin, 9 November 2009

......semasa dulu...


walaupun zaman persekolahan dah lama ditinggalkan, namun itulah pengalaman yang terindah yang tak akan dilupakan.....kalau masa boleh diputar semula, waktu persekolahanlah zaman yang ingin diulang kembali......

bila dicerita semula kepada anak-anak, mereka tidak percaya bahawa inilah masa yang amat berharga yang bakal menentukan masa depan mereka kelak.....

kalau dulu belanja sekolah cukup dengan 50 sen tetapi kini RM2.00 pun belum tentu cukup. Sekarang semuanya sudah berbeza.....

tak lama lagi cuti sekolah dan tahun depan ketiga-tiga anakku semuanya masuk sekolah dan aku dah mula mencatur jumlah perbelanjaan sekolah mereka.....harus difikirkan....

Rabu, 4 November 2009

....dah lama saya tertinggal nak update blog ni.....

....em...saya pinjam buku dari kawan, ceritanya best amat hingga time rehat diofis pun saya baca, masuk kereta (minggu ni hubi kursus so tu yang bolih jadik penumpang)pun baca buku....hingga hubi bawak borak pun saya tak layan. henat sangat pukulan buku ni.....

hari tu saya ada dengar pembentangan belanjawan 2010, saya suka sangat sebab tak ada bonus untuk kakitangan kerajaan.....sama2 lah kita rasa ye bagaimana rasanya tak terima bonus...hehehe dan saya amat sokong PM kita sekarang sebabnya dia tak pilih kasih, kalau dulu.....sekejap diorang dapat kenaikan gaji (meletup lagi tu)dan kejap2 dapat bonuslah dan kejap2 dapat bantuan lah....tu yang malas nak dengar tu....bukan apa saya dan hubi keja swasta jadi apa-apa yang kerajaan bagi kita memang tak merasa.....

tak lama lagi cuti sekolah, anak-anak dah mula mencatur aktiviti cuti nanti, ada yang nak pergi melancong....saya dan hubi buat tak tau je, yelah kalau dah nak pegi Sawarak.....kopak jugak kita tu......bebudak sekarang ni advance dari mak-bapak....

...opps....bas dah panggil ....bye...

Rabu, 14 Oktober 2009

catatan.....

belum sampai 5 minit aku mengajar anak kecilku membaca......mata sudah mula mengantuk. bacaan dimana....matanya entah kemana....itulah ragam akunya yang kecil.

ditanya kenapa...katanya matanya ngantuk dan mau tidur.....kita yang tengah bersemangat nak mengajar sudah tak tau nak cakap apa....itulah ragamnya...

rasanya senang lagi hantar kelas tution, biarlah gurunya yang ajar asalkan anakku menjadi pandai....tetapi bila dah pergi tution nak kena fikir duit bayarannya, kos menghantar (minyak) dan masa......kalau difikirkan semula, rasanya nak berjimat sekarang tetapi ibarat peribahasa biar bersusah-susah dahulu kemudian hari kita pasti akan bersenang-senang (susahnya sekarang ialah menanggung kos belajar anak-anak, kemudianya bila anak-anak dah jadi orang berjaya bolehlah emak-bapak tumpang senangkan!...)......harap-harap begitulah jadinya.....amin

Rabu, 7 Oktober 2009

...cerita lepas raya....


emm......raya dah lepas, dimanakah letaknya kemeriahan raya....
di sofa baru?
di karpet baru?

entahlah.....tapi yang jelas raya tahun tetap meriah walaupun tanpa bonus, tanpa bantuan (RM250).....kemeriahannya tetap di rasai walaupun dirayai dengan serba sedarhana.

ketupat, lopis, wajik, dodol dan rendang dihidangkan kepada tetamu sebagi menu utama di hari raya......penuh meja dengan pelbagai makanan....meriah-meriah...

yang tak meriahnya, bila lepas raya........duit gaji dah guna dulu, anak nak beli buku rujukan pun emak bapak boleh cakap KIV.....

yang tak meriahnya, bila lepas raya ........bawa tapau dari rumah kononnya nak jaga kebersihan walhal......duit nak makan tengahari simpan untuk belanja minyak kereta....

yang tak meriahnya lagi.....bila fikir bagaimana nak bayar hutang sofa, karpet baru hujung bulan ni.....pening-pening................

nak buat azam baru....bila raya tahun depan, tak payah nak fikir-fikir pasal perabot, bunga baru......raya je dengan apa yang ada janji tak menyusahkan diri sendiri......

Khamis, 20 Ogos 2009

ramadhan......

ramadhan tiba lagi, alhamdulliah....saya diizinkan tuhan untuk menikmati lagi bulan penuh rahmat dan mulia ini....

pada bulan ini ....setiap hari saya sekeluarga akan duduk semeja untuk bersahur dan berbuka.... dan

pada bulan ini.....anak-anak akan berebut-rebut untuk membaca doa makan sewaktu berbuka dan suasana inilah yang amat saya rindui......dan

pada bulan ini ....saya akan berehat dari memikirkan menu sarapan pagi dan makan tengahari .... dan

pada bulan ini....rezeki saya akan bertambah murah kerana dibulan ini saya akan mengambil tempahan untuk membuat kek.......

......amin......